Isnin, 31 Disember 2012
Bicara agama: 'hijrah Rasulullah:kesan dan hikmahnya'
Bicara
agama: 'hijrah Rasulullah:kesan dan hikmahnya' penceramah, ydp gpms
jerantut. Kehadiran, ahli kariah masjid lama ulu cheka kg.tengah dan
pelajar sek agama ulu cheka. BELAJAR TERUS BELAJAR.
Tarikh: 2 Disember 2012
Tempat: Masjil Lama Kg Tengah, Ulu Cheka
Tarikh: 2 Disember 2012
Tempat: Masjil Lama Kg Tengah, Ulu Cheka
PROGRAM 10 0000 LANGKAH SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA PERINGKAT DAERAH JERANTUT.
GPMS JERANTUT TURUT SERTA BERSAMA PEJABAT
KESIHATAN DAERAH JERANTUT DIDALAM MENJAYAKAN PROGRAM 10 0000 LANGKAH
SEMPENA HARI AIDS SEDUNIA.
TARIKH: 15 DISEMBER 2012(SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI
TARIKH: 15 DISEMBER 2012(SABTU)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT: TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI
Setia Usaha En. Muhammad Faiz Mahayudin turut hadir
Saudara Azizi Ajk Gpms Jerantut memenangi hadiah kuiz
Tunggu giliran mendaki Gua Kota Gelanggi
sempat pose dulu
sewaktu susur ke Gua Tongkat
sempat bergambar di Gua Terang Bulan
Mencari maklumat di station checkpoint
berbaris sebelum masuk ke gua.
Mencari maklumat di station checkpoint
berbaris sebelum masuk ke gua.
KEMBARA REMAJA 2012
YDP USTAZ AHMAD SHAH JAMLUS BERSAMA NAIB YDP EN. FASAL JAMLUS MENYAMPAIKAN CERAMAH DIDALAM SLOT SANTAI MINDA.
GPMS JERANTUT BERSAMA SAMA MENJAYAKAN PROGRAM BERSAMA KELAB JELAJAH RIMBA DAN JERANTUT SKATE JERANTUT DI GUNUNG SENYUM TEMERLOH....TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT.
Isnin, 3 Disember 2012
NOTIS MAT
Rujukan
Kami : GPMSJ/MES/100-1
Tarikh : 29 NOVEMBER 2012
Semua ahli GPMS
JERANTUT,
Tuan ,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN GPMS JERANTUT 2012
Dengan segala hormatnya, perkara
di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan, merujuk kepada Perlembagaan Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung, maka dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan
bagi tahun 2012 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 14 DISEMBER 2012.
Masa : 9.00 Malam.
Tempat
: Dewan PPD Jerantut.
3.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon pihak GPMS Kebangsaan untuk
menghantar wakil untuk merasmikan mesyuarat agung seperti yang termaktub dalam
perlembagaan GPMS.
4.
Atas kerjasama serta keperihatinan tuan amatlah dihargai dan diucapkan
terima kasih.
Sekian.
``BELAJAR TERUS BELAJAR’’
Salam hormat dari saya.
(MUHAMMAD
FAIZ BIN HJ. MAHAYUDIN)
SETIAUSAHA GPMS CAWANGAN JERANTUT
SK. YDP GPMS CAWANGAN JERANTUT
MUKADIMAH GPMS
MUKADIMAH GPMS
KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatan Kuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan
Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948 ;
SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu
Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan
bangsa
SEDAR - bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa
itu di tangan kami
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan
menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu
dari segenap lapisan.
1. NAMA
1.1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS).
Selepas ini disebut sebagai ‘Pertubuhan’ atau ‘GPMS’.
1.2. Nama pertubuhan ini di dalam bahasa Inggeris ialah Federation of Malay Students’ Society,
Semenanjung. Nama dalam bahasa Inggeris akan dipakai dalam perhubungan di peringkat antarabangsa.
Langgan:
Catatan (Atom)