Isnin, 3 Disember 2012

MUKADIMAH GPMS


MUKADIMAH GPMS

KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatan Kuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan
Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948 ;

SEDAR - atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu
Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR - akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR - atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan
bangsa
SEDAR - bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa
itu di tangan kami
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan
menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu
dari segenap lapisan.

1. NAMA
1.1. Pertubuhan ini dikenali dengan nama GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS).
Selepas ini disebut sebagai ‘Pertubuhan’ atau ‘GPMS’.
1.2. Nama pertubuhan ini di dalam bahasa Inggeris ialah Federation of Malay Students’ Society,
Semenanjung. Nama dalam bahasa Inggeris akan dipakai dalam perhubungan di peringkat antarabangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan